Gambar di atas ialah salah satu gambar koleksi Kampong Bayai Lama satu waktu dahulu. Gambar ini diambil oleh Bapa saudara yang dikasihi Mohd Zuki Abu yang sekarang menetap di Jitra Kedah. Laman web ini akan memaparkan gambar-gambar lama dan baru yang ada dalam koleksi saya untuk tatapan sesiapa sahaja yang berasal dari kampong yang indah permai dan penuh dengan kenangan terindah semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Kepada waghaeh-wagheah yang berminat untuk berkongsi photo-photo kenangan dan nostalgia waktu di Kampong Bayai sila email kg_bayai@yahoo.com.
Harap maaf pada pengunjung blog kerana lambat update majlis kenduri yang telah berlangsung pada 5 dan 6 hb Jun 2009 di kampung sebelah pengantin perempuan di Batu Pahat Johor dan majlis kenduri pengantin lelaki di Jitra Kedah pada 13 Jun 2009. Selamat pengantin baru pada kedua mempelai,semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat.Tahniah buat Pak Ngah Haji Mohd Zuki Abu dan Mak Ngah Hajjah Rokiah Junus kerana dapat menantu baru.
Hari keluarga bayai.com telah diadakan pada 17 Mei 2008 di Hotel Bayu Beach Resort. Macam-macam aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Ada sukaneka dan yang paling penting sekali makan-makan la! Makan BBQ ayam pada malam tersebut diadakan bersama penyampaian hadiah dan cenderamata. Gambar-gambar di atas adalah sumbangan Acik Siti.